Kolokium Pelajar Projek Khas SBP 2010 Melabuh Tirai

Kolokium Pelajar Projek Khas SBP 2010 melabuh tirai jam 12 tengahari. Para peserta menyanyikan lagu Negaraku dan lagu tema Gemuruh dengan semangat baru yang membara. Persahabatan termeteri dan pengalaman baru ditimba untuk dijadikan pedoman masa hadapan. Diharapkan kolokium ini telah dapat mencapai objektifnya dan para peserta pulang dengan tekad dan keazaman baru untuk MELESTARIKAN KECEMERLANGAN diri. Jumpa lagi tahun hadapan dan semoga semua selamat sampai ke destinasi masing - masing.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Majlis Perasmian Penutup

Pada hari terakhir kolokium telah diadakan pembentangan dan rumusan yang dikendalikan secara tertutup oleh Pengarah BPSBPSK, Puan Ashah Samah dan Timbalan Pengarah BPSBPSK Puan Hjh Norlia binti Mohd Suhaili pada sebelah paginya.

Pada pukul 10.30 pagi, Hjh Juliah Bt Hj Leman,Timbalan Pengarah Mewakili Pengarah Pelajaran Negeri Melaka telah hadir untu majlis perasmian penutup. Dalam ucapan beliau menceritakan pengalaman bersekolah yang serba kekurangan. Beliau menasihatkan para pelajar supaya kaya semangat, kaya jiwa, kaya akhlak dan kaya budi bahasa tidak kira dimana berada.Beliau juga berkongsi rahsia motivasi untuk berjaya yang berada di sekeliling kita
1. Pandang bumbung - Always aim high
2. Pandang tingkap - lihat sekeliling, See the world -
pandang dunia & bangsa lain untuk berjaya.
3. Pandang jam - kerana Every minute is precious
4. Pandang cermin - Reflect before you act

5. Pandang Kalendar - Be up to date

6. Pandang pintu - Push hard for your goals

Beliau juga menyeru para pelajar supaya menjadi pemimpin yang baik dan disegani.Belaiau seterusnya menutup kolokium Pelajar Projek Khas SBP 2010 di Melaka.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apa kata Peserta Kolokium 3


Abd Rashid Haron (SMAPL) -sangat gembira kerana pertama kali tinggal di hotel.Pada sesi bersama Pengarah, saya mendapat pengalaman menjadi pengacara pada slot ini. Keseluruhannya saya berpuas hati dengan penganjuran kolokium kerana banyak yang saya pelajari.


Ahmad Bukhari Md Rashid(SHAH Pekan) - aktiviti pada tahun ini semuanya menarik. Lawatan ke Melaka tajaan PERZIM merupakan aktiviti yang paling menarik kerana ia memberikan saya variasi pengalaman serta ilmu yang baru.


Aqilah Al Amani Shuhaimi (SBPI Rawang - Kolokium 2010 amat menyeronokkan dan memberi impak yang positif. Setiap slot memberikan rangsangan yg baik kepada pelajar utk terus berjuang dan memajukan diri. Antara slot yang menarik ialah slot bersama alumni, Lawatan ke sekitar bandar Melaka dan Bicara tokoh - tokoh terkenal di Malaysia. Saya berasa amat bersyukur & mengucapkan terimakasih kepada semua yang terlibat dalam mengadakan program ini.

Norhanisah Rahmat (SMS Kubang Pasu) - Bersyukur kerana terpilih dan program seperti ini dapat memupuk keyakinan dalam diri & berharap program ini diteruskan. saya berpeluang utk melihat warisan sejarah kerana saya belum pernah menjejakkan kaki ke Melaka.Saya berpeluang mengenali Melaka & melihat keindahan negeri Melaka.


Norhayati Zolkepli (SEMESRA)- Bersyukur kerana terpilih & semua aktiviti telah memberikan motivasi kepada saya untuk melestarikan kecemerlangan.Terimakasih kepada semua kerana telah menyedarkan & membakar semangat kamiLagu tema Gemuruh akan saya jadikan dorongan iaitu ungkapan untuk berjaya bukan sekadar bermimpi, segalanya pastikan terbukti nanti. saya paling suka slot Forum. Slot ini menyedarkan saya bahawa tokoh - tokoh yang berjaya pada masa ini pernah mengalami kesusahan malah lebih susah dari saya.Kolonel Prof. Dato' Kamaruddin Hj kachar telah membakar semangat saya. dalam ucapannya beliau menekankan agar berusaha utk menjayakan diri & membalas jasa kerajaan.

Nor Idayu Mohd (SESTER) - Saya telah memperoleh ramai kawan walaupun sedikit terkilan kerana lewat tiba.Banyak ilmu pengetahuan yang diperolehi. Program yang paling saya suka ialah Makan Malam Bersama Ketua Menteri Melaka kerana bukan semua orang dapat peluang sedemikian & saya berasa bangga dgn keistimewaan yg diberikan.Rumah beliau yang tersergam indah telah membakar semangat saya untuk berjaya seperti beliau.


Fatinnatasha Ismadi (SainsKU) - Terimakasih kepada pihak penganjur kerana memberi layanan yg cukup istemewa kepada kami. Walaupun pada awalnya saya berasa kurang selesa berada di bumi Semenanjung kerana bahasa yang berbeza,namun kemesraan kawan - kawan dari serata negeri membuang sedikit demi sedikit perasaan saya yang berbangsa Melanau ini, yang kurang terbuka utk berkomunikasi menggunakan bahasa di sini.Aktiviti yg disediakan meningkatkan keyakinan dalam diri dan saya amat gembira mendengar ceramah dari tokoh - tokoh hebat negara.Sangat menyeronokkan dapat bermalam di hotel dengan makanan yang sedap & diberikan banyak barangan percuma. Harap program diteruskan untuk pelajar projek khas memotivasikan diri.

Muhammad Aiman Abd Aziz (STAR) - Saya berasa amat bersyukur kerana pogram ini dapat membina motivasi dan semangat saya utk lebih bertekad memburu kecemerlangan dalam hidup saya.Saya amat tertarik dengan slot Bicara Tokoh kerana Tan Sri Dato' Seri Dr. samsuddin Hitam telah mencapai banyak kejayaan. Ini membuatkan api semangat dalam diri saya membara utk mengikuti jejak beliau. Banyak tip - tip dan nasihat yg berguna untuk masa hadapan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Makan Malam Bersama Ketua Menteri

Majlis dimulakan dengan sembahyang Maghrib diikuti dengan bacaan Yassin. Setelah itu para pelajar telah mendengar ucapan dari Yang Berhormat Datuk Hj Yaakob Bin Md Amin. Setelah sembahyang Isyak, majlis makan malam bermula. Ketibaan Yang Amat Berbahagia Datin Seri Datuk Wira Hjh Asmah Binti Abdul Rahman, Isteri Ketua Menteri Melaka  disambut oleh Pengarah BPSBPSK , Puan Ashah Bt Samah, Hjh Norlia Mohd Shuhaili, Timbalan Pengarah BPSBPSK, Hjh Juliah Bt Hj Leman Timbalan Pengarah mewakili Pengarah Pelajaran Negeri Melaka dan pegawai - pegawai dari KPM. Majlis turut dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Hj Yaakob Bin Md Amin Exco Pelajaran, Sains, Teknologi, Sumber Manusia dan isteri,  Yang Berhormat Datuk Meor Hashimi Bin Abdul Hamid Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka dan isteri dan Encik Abdul Halim Bin Abdul Malek Mewakili Pegawai Pelajaran Daerah Melaka Tengah.
Majlis Makan malam yang ditaja oleh YB Ketua Menteri Melaka telah diadakan di perkarangan rumah beliau. Puan Ashah Samah dalam ucapan beliau telah mengucapkan terimakasih kepada YB Ketua Menteri Melaka diatas undangan makan malam di Seri Bendahara. Seterusnya, Yang Amat Berbahagia Datin Seri Datuk Wira Hjh Asmah Binti Abdul Rahman, telah menyampaikan ucapan dan seterusnya beliau telah bermurah hati untuk menaja para peserta kolokium menaiki Melaka River Cruise dan memberi sumbangan wang kepada semua peserta kolokium.  Datin Seri juga telah membawa Puan Ashah, Ph Hjh Norlia, Pn. Hjh Julia dan lain lain untuk melawat Seri Bendahara. Terimakasih diucapkan keatas layanan istemewa Datin Seri kepada kami semua

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tokoh Forum - Y. BHG. KOLONEL PROFESOR DATO DR HJ. KAMARUDIN HJ.KACHAR

getir kehidupan. Profesor Dato Dr Kamaruddin membesar sebagai budak kampung yang hidup sengsara dalam era kekejaman Jepun dan komunis bintang tiga.

Mempunyai keazaman yang tinggi untuk mengubah nasib,beliau sanggup mengayuh basikal 32 batu sehari ke sekolah di Singapura. Berpegang teguh pada adat pepatih, kehidupan masa kecilnya dipenuhi dengan aktiviti berkebun sayur,memelihara kerbau,melubuk ikan,bertukang tangan dan bermalaman di dusun menunggu durian gugur.

Berpegang pada falsafah hidup, BERUSAHA MENJAYAKAN DIRI, BERBUDI,BERMUAFAKAT DAN BERKHIDMAT, perjuangannya dalam meningkatkan pemikiran bangsa tidak dapat disangkal lagi. Usaha gigihnya mengejar ilmu tanpa jemu terbukti apabila memperoleh pendidikan tertinggi Doktor Falsafah(PhD) Pengurusan Pengajian Tinggi dari Universiti New England Australia.

Budak petani kampung ini berjaya memegang pelbagai jawatan penting dalam negara. Pernah bermula sebagai guru sekolah rendah, beliau tidak pernah menoleh ke belakang dalam menyumbang khidmat dan bakti. Antara sumbangannya yang tidak pernah dilupakan adalah sebagai Ketua Pengarah Biro Tatanegara,Pengarah Pendidikan Yayasan Pelajaran Mara,Timbalan Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia ,Naib Canselor Pertama Universiti Industri Selangor dan lain-lain lagi.

Sumbangan beliau dalam aktiviti khidmat sosial terserlah terutamanya dalam Pergerakan Pengakap dan perkhidmatan ketenteraan. Beliau merupakan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Persekutuan Pengakap Malaysia dan pernah memegang jawatan sebagai Komander Rejimen Askar Wataniah 512 Terengganu.

Jasa dan sumbangan beliau dalam pelbagai bidang melayakkan beliau menerima beberapa anugerah seperti Anugerah Tokoh Guru Cemerlang Negeri Sembilan, Anugerah Cemerlang Alumni University of New England 1995,Anugerah ””Piagam Penghargaan Jasamu Dikenang” 1997 Kementerian Pertahanan Malaysia,Anugerah ”Fellow Emeritus Institut Aminuddin Baki 1999, dan Anugerah Cemerlang Bintang Alumni UPM ”Putra Persada UPM” 2004.

Dalam usia 76 tahun, Profesor Dr.Kamaruddin bergiat aktif dalam pelbagai badan sukarela. Berbahagia di samping isteri tersayang,Datin Che Tom Osman,seorang mantan pengetua, pasangan ini dikurniakan 3 orang putera dan seorang puteri yang berjaya dan cemerlang dalam kehidupan.

Perkhidmatan terkini beliau adalah sebagai Pengerusi Eksekutif dan Ketua Konsultan Prished Consultants International Malaysia, perjuangan hidupnya sentiasa membara dalam memperjuangkan dan meningkatkan martabat Melayu. Semangat beliau dalam membela nasib golongan kurang bernasib baik dan membina personaliti cemerlang patut diteladani oleh generasi muda hari ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tokoh Forum - Y. BHG. TAN SRI DATO' SERI PROFESOR DR IBRAHIM ABU SHAH

Dilahirkan pada 31.12.1948 di Melaka, Tan Sri Profesor Dr.Ibrahim Abu Shah mendapat pendidikan awal Di Sekolah Kebangsaan Pulai, Sekolah Kebangsaan Tedong dan Sekolah Tinggi Melaka. Kemudian beliau meneruskan pengajian dalam Diploma Pentadbiran Awam (ITM)1971,B.A,Economics(Ohio)1974,M.A.SociologyOhio)1975 dan Ph.D Government&Polytics(Maryland) pada tahun 1997.


Pengalaman dan sumbangan beliau dalam bidang akademik dan pentadbiran tidak ternilai harganya. Bermula sebagai Pensyarah,Kajian Pentadbiran & Undang-undang(1975-1981), beliau dinaikkan pangkat sebagai Pensyarah Kanan(1981-1991), Pensyarah Utama(1991-1993), Adjunct Professor,University Ohio (1995),Profesor, Fakulti Pentadbiran & Undang-Undang (1994-2004) dan Profesor, Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi (2004-31/12/2009). Dalam bidang pentadbiran pula, beliau pernah menjadi Pegawai Eksekutif Bahagian Pentadbiran,Perbendaharaan Malaysia,Kuala Lumpur (1971-1972),Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar ,ITM Shah Alam (1976-1982),Dekan Hal Ehwal Pelajar,ITM Shah Alam (1982),Provos ITM Sarawak (1989-1995),Timbalan Rektor(pengurusan)ITM ( 95- 98), Timbalan Naib Canselor (Akademik)) UiTM(98-2000) dan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (01-09).


Selain pelbagai anugerah yang diterima pada peringkat nasional,jasa dan sumbangan Tan Sri turut diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Antara anugerah tersebut ialah ”Global Human Resource Excellence Award”(outstanding Contribution to the Field or HR & Training)- World HRD Congress 2006, The Asia HRD Congress 2007 Award (Outstanding Contribution to the Field of Human Resource Development, , Outstanding American Alumnus Award 2007 dan Malaysian Business Leadership Award 2009.


Tan Sri yang telah berkahwin dengan Puan Seri Zahariah Mohamed telah dikurniakan 8 orang cahaya mata. Beliau juga aktif berpolitik seperti menjadi Penasihat Kelab Alumni UMNO Luar Negara (2006-sekarang) . Penglibatan beliau dalam aktiviti sosial juga terserlah apabila menjadi pengasas dalam Pasukan Simpanan Tentera Darat sebagai Ketua Bahagian Latihan ROTU,ITM Shah Alam pada tahun 1979-1982, dan Komandan (Assistant Commisioner of Police-ACP) Kor Suksis UITM.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tokoh Forum - Y. BHG. DATUK ASSOC. PROF. DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH

DEVELOPMENT DIVISION (R&D), CHIEF MINISTER DEPARTMENT, MELAKA PLANETARIUM SDN. BHD. Seorang yang berpengalaman luas dalam bidang kejuruteraan, beliau memulakan pengajian dalam bidang Civil Engineering, sebelum meneruskan peringkat sarjana dalam bidang Concrete Technology, Construstion and Management di Universiti of Dundee,UK. Seterusnya, Profesor menyambung peringkat doktor falsafah dalam bidang yang sama di universiti tersebut.

Kepakaran beliau dalam bidang kejuruteraan telah disumbangkan di pelbagai agensi dan tempat. Antaranya ialah sebagai Technical Assistant di Drainage and Irrigation Department, Malaysia, pensyarah dan Assoc.Profesor di Universiti Sains Malaysia, Deputy Rector
(Research and Development) dan Deputy Vice Cancelor (Research and Innovation) di Malaysia National College University of Technical (KUTKM) dan University of Technical Malaysia Melaka (UteM).

Selain dengan penglibatan aktif di peringkat universiti, Profesor Dr.Abu Bakar sering juga diundang menyampaikan siri ceramah motivasi, pengurusan dan pembangunan diri ,pemikiran kreatif dan pelbagai lagi .Pengalaman beliau dikongsi bersama-sama kepada pelajar sekolah, siswazah.guru-guru, kakitangan kerajaan dan pekerja swasta serta masyarakat setempat.

Pengalaman luas dalam pelbagai bidang khususnya penyelidikan dan kejuruteraan telah diabadikan oleh beliau dalam bentuk penulisan. Setakat ini beliau telah menghasilkan hampir 100 jurnal, abstrak, buku-buku ilmiah dan kertas-kertas kerja yang dibentangkan dalam pelbagai seminar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau juga terlibat aktif sebagai pensyarah dalam Program Pengajian Jarak Jauh.

Antara penglibatan profesional yang lain ialah sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Syarikat Teknologi Pembuatan Sdn. Bhd., 2003 – 2004, Ahli Lembaga Pengarah, Biotek Holding Sdn. Bhd., 2003 – 2005,Ahli Lembaga Pengarah, Akademi Kemahiran Melaka Sdn. Bhd., 2003 – sekarang,Ahli Lembaga Pengarah, Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka, 2004 – sekarang,Ahli Lembaga Pengarah Institiut Integriti Melaka (MII) – Jun 2006 – sekarang,Ketua Panel Penilai Jawatankuasa Teknologi dan Inovasi Negeri Melaka (JKTI) Tahun 2007,Ahli Panel Penasihat/Pemikir (Think Thank) Program Bahagian Pembangunan Rumahku Syurgaku Negeri Melaka,Panel Penasihat Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP),Ahli Lembaga Pengarah DMDI International Education Sdn. Bhd. (DMDIIESB) 2007- sekarang,Pakar Rujuk Perbincangan Bengkel Sempena ‘Konvensyen Melayu Melaka Maju 2010, dan banyak lagi.

Berdasarkan jasa dan sumbangan aktif beliau kepada tanah air, Profesor telah dianugerahi pelbagai anugerah seperti Anugerah Penggalakan Penyelidikan Kejuruteraan oleh Kerajaan Negeri Perak dan Yayasan Perak 1999,Anugerah Penggalakan Penyelidikan Kejuruteraan oleh Kerajaan Negeri Perak dan Yayasan Perak 2002.,Anugerah Khas Institut Kota Melaka (IKMA),Gold Medal-Research and Innovation Fest 2008, Research Management and Innovation Centre. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 14-16 Oktober 2008. Projek Penyelidikan: Rapid Portable Water Penetration Test System For Foamed Concrete ,Bronze Medal - Research and Innovation Fest 2008, Research Management and Innovation Centre. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 14-16 Oktober 2008. Projek Penyelidikan: Expanded Coal Slag Aggregate,Silver Medal – Malaysian Technology Expo 2009, 19-21 Februari 2009. Projek : Rapid Portable Compressive Strength Test System For Foamed Concrete, dan pingat Darjah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tokoh Forum - Y. BERUSAHA PROFESOR MADYA DATUK ZAINAL ABIDIN BORHAN

Seorang staf akademik di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Profesor Madya Datuk Zainal Abidin Burhan mendapat pendidikan awal diTengkera English School, Gajah Berang Secondary School, kemudian meneruskan pelajaran ke Malay College Kuala Kangsar. Setelah tamat persekolahan, beliau menyambung pelajaran di Universiti Malaya pada peringkat Sarjana Muda dan Sarjana. Bidang pengajian dan penyelidikan beliau ialah tentang kebudayaan Melayu,kosmologi Melayu, pemikiran Melayu dan politik Melayu

Penerima anugarah khidmat cemerlang Universiti Malaya sebanyak enam kali ini (1993,1996,1998,2000,2002 dan 2006) giat menulis pelbagai bentuk penulisan.Antara penerbitannya yang terkenal ialah Ideologi dan Kebudayaan Kebangsaan (1986), Johor Dahulu dan Sekarang(1994),Adat Istiadat Melayu Melaka (1996),Warisan Persuratan Johor (1997),Pengajian Sastera dan Sosio-Budaya Melayu,Memasuki Alaf Baru(1998),Warisan Persuratan Johor,Perundangan dan Ketatanegaraan (1999),Keranamu Malaysia:Kemerdekaan,Pembinaan Bangsa dan Cabaran Abad ke-21 (2001)

Ketokohan dan pengalaman beliau yang luas dalam bidang adat dan budaya menyebabkan Profesor Madya Datuk Zainal Abidin sering diundang ke forum dan seminar oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan, Kementerian Penerangan,Dewan Bahasa dan Pustaka, Arkib Negara, Yayasan Warisan Johor,Perbadanan Muzium Melaka, Institut Kajian Sejarah dan Patriotik Malaysia (IKSEP),Institut Seni Melaka Malaysia (ISMMA) dan lain-lain.

Di peringkat serantau dan Alam Melayu, beliau sering membentang kertas kerja di Riau, Acheh, Sumatera Utara, Pontianak,Jakarta, Pattani, Yala, Mindanao, Sri Langka Cape Town dan Madagaskar.

Lantaran aktif dalam gerakan dan perjuangan kebudayaan, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha 1 Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia(GAPENA). Berdasarkan pelbagai sumbangan dan jasa yang tidak ternilai, beliau telah menerima pelbagai anugerah seperti Bintang Kelakuan Terpuji (BKT) pada tahun 1996 , Darjah Seri Melaka (DSM) pada tahun 2003 dan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) pada tahun 2005

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bersama Timbalan Menteri Pelajaran - Yang Berhormat Dr. Mohd Puad Zarkashi

Peserta kolokium pada kali ini berasa sungguh bertuah kerana Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Yang Berhormat Dr. Mohd Puad Zarkashi sudi hadir pada kolokium pada kali ini. Banyak perkara yang telah dikongsi bersama para peserta kolokium ini antaranya beliau menyatakankan para pelajar ini adalah yang terpilih antara yang terpilih. Jadi para pelajar perlu rasa bersyukur dan lebih terbakar semangat untuk berjaya. Beliau mengulas lagu tema “Gemuruh” dan mengatakan bukan mudah untuk ke puncak apatah lagi ke angkasa kerana ia memerlukan stamina, kekuatan fizikal dan perancangan terbaik. Tidak semua orang boleh ke puncak kerana ia tidak luas tetapi semua orang mahu ke puncak jadi terdapat banyak cabaran. Para pelajar disarankan untuk belajar bersungguh – sungguh untuk menjadi manusia yang berguna dan seterusnya keluar dari garis kemiskinan. Beliau menyatakan para pelajar projek khas SBP ini adalah harapan untuk menjadi cemerlang. Beliau mengharapkan para pelajar untuk menjadi cemerlang bukab sahaja dari segi akademik tetapi mempunyai kemahiran tambahan seperti kemahiran berfikir. Beliau mengharapkan para pelajar menyemai budaya membaca dan budaya berfikir supaya menjadi sebuah bangsa yang berjaya dan tidak mengharapkan orang lain. Para pelajar adalah generasi pelapis pemimpin yang perlu menjadi pemimpin yang berfikir. Beliau mengharapkan para pelajar menjadikan kolokium ini sebagai peluang keemasa untuk mempelbagaikan kemahiran. Beliau menasihatkan para pelajar untuk tidak lupa kepada kedua ibubapa dan membalas jasa kedua ibubapa.Beberapa orang pelajar telah berpeluang untuk bertanya kepada Yang Berhormat tentang prinsip hidup, rahsia kejayaan dan pandangan beliau tentang sesuatu isu. Di akhir slot, Yang Berhormat telah meluangkan masa untuk bersalam - salaman dengan para pelajar dan guru - guru yang hadir.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Forum

Slot forum pada kali ini menjemput tokoh -tokoh hebat seperti Kolonel Professor Dato Dr Hj Kamaruddin Hj Kachar,Tan Sri Dato' Seri Professor Dr. Ibrahim Abu Shah,Datuk Assoc.Prof. Dr. Abu Bakar b. Mohd Diah dan Profesor Madya Datuk Zainal Abidin Borhan selaku moderator.Kesemua tokoh telah berkongsi pengalaman mereka dengan peserta kolokium dan memberi motivasi kepada para pelajar tersebut

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bicara Tokoh

Untuk slot bicara tokoh, kolokium pada kali ini menjemput Tan Sri Dato' Seri Dr. Samsudin Hitam yang juga merupakan bekas pelajar Sekolah Sultan Alam Syah untuk berkongsi pengalaman dan memberikan motivasi kepada peserta kolokium. Berikut adalah bidata ringkas beliau:

Dalam tempoh kerjaya beliau sebagai seorang “Mandarin” dalam Perkhidmatan Awam, yang menariknya beliau telah berkhidmat selama 15 tahun di Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan 15 tahun di Kementerian Kewangan (MOF). Beliau bertuah dapat menduduki kerusi Ketua Pengarah EPU dan bersara sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Julai 2004). Kedudukan terakhir beliau di Kementerian Kewangan menjadikan Dr Samsudin pegawai kedua tertinggi dalam perkhidmatan awam, selepas Ketua Setiausaha Negara. Semasa dalam perkhidmatan, beliau berpeluang melanjutkan pelajaran ke University of Wisconsin dengan mendapat ijazah MSc (Agri Econ) dan memperoleh ijazah PhD. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Samsudin Hitam lebih dikenali dengan panggilan ‘Sam Black’.

Pada akhir tahun pelaksanaan RRJP ke-2, Dr.Shamsuddin baru sahaja menyandang jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, namun masih sempat untuk memastikan matlamat pertumbuhan ekonomi sebanyak tujuh peratus dicapai, tepat pada sasaran.
Beliau amat teliti dalam menjalankan tugasnya. Menurut Dr. Samsudin, menjejakkan kaki di SAS merupakan satu rahmat. Di SAS, beliau bekerja keras untuk berjaya kerana menyedari bahawa beliau bukanlah orang yang cemerlang (outstanding), lebih-lebih lagi apabila memikirkan latar belakang keluarga yang susah. Subjek yang paling diminatinya ialah Geograf sehingga beliau berusaha menterjemahkan buku teks Geograf karya Monkhouse. Nota tersebut sering menjadi rebutan teman sekelas. Beliau juga mempunyai kebolehan melakar peta dengan tepat seolah-olah, seperti peta asal dan mahir dalam map-reading. Beliau menjadi sidang redaksi majalah Persatuan Sejarah dan Geograf bersama-sama Tan Sri Mohd. Isa Samad dan Tan Sri Abdul Halil Abdul Mutalib yang diberi judul Bumi dan Masa, yang kulit majalah itu direka oleh beliau sendiri. Yang amat ketara ialah sikap rendah diri beliau yang menepati pepatah Melayu “ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya”. Banyak orang yang menemui beliau di pejabatnya di MOF akan berasa terkejut kerana beliau akan datang sendiri menjemput tetamunya dan apabila menelefon rakannya, dengan bersahaja beliau memperkenalkan diri, “Ini Sudinlah”, tanpa memperagakan atau menyebut gelaran yang diterimanya.

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Samsudin Hitam telah melakar namanya sebagai teknokrat yang berjaya dalam merancang ekonomi negara. Jejak yang ditinggalkan beliau jelas dan kekal. Graduan dari universiti tersohor, iaitu Universiti Malaya dan University of Wisconsin, ini telah membuktikan bahawa kerja keras, dedikasi dan keikhlasan adalah segalanya dan bukannya nama yang gah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lawatan

Pada sebelah petang diiringi guru - guru pengiring, para peserta kolokium telah dibawa melawat Bandar Hilir dimana terletaknya pelbagai muzium kebanggaan Negeri Melaka. Pihak PERZIM telah bermurah hati untuk membenarkan para peserta kolokium melawat 3 buah muzium di sekitar Bukit St Paul secara percuma.Setiap pelajar dikehendaki menulis laporan mengenai lawatan tersebut. Diharap para peserta kolokium dari seluruh negara dapat mengenali negeri Melaka Bandaraya Warisan Dunia dimana segalanya bermula.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apa kata Peserta Kolokium 2

Nurhidayah Haumi (SMAPK)- Selepas sesi bersama alumni SMSMJ saya lebih memahami apa yang perlu dibuat selepas SPM dan bagaimana hendak menangani masalah akademik/kawan.Banyak informasi tentang kerjaya yang telah dikongsi utk memotivasikan diri.

Fatin Farwiza Mat Rahim (InterSaber)-Para alumni SMSMJ sangat open minded serta tidak lokek menceritakan pengalaman mereka. Sesi sangat seronok dan minda saya terbuka selepas sesi bersama mereka.

Syahidul Amri Muhd Shukri (SEMESTA) - Alumni SEMUJI meningkatkan self confidence saya kerana saya dapat merancang masa depan & aktiviti ini sangat berfaedah dan sangat berguna.

Amirun Mohd Salleh (SEMSAS)- Sesi ini membantu meningkatkan keyakinan diri dan saya didedahkan dengan cara bagaimana untuk berjaya, mengenali
universiti -universiti terbaik dunia & kursus yang sesuai untuk saya.


Nor Fazniey Mohd Zaidi (SMS Miri)- Semasa sesi bersama alumni STF, kami
didedahkan kepada minda tidak sedar & minda sedar. Sesi ini amat menyeronokkan kerana alumni STF sangat mesra dan baik.Kami mengetahui cara berfikir dan mengawal minda luar sedar.

Raudhah Nasuhah Mokhtar (SMSSI) - Alumni MOZAC menyedarkan kami supaya percaya pada diri sendiri dan tiada apa yang mustahil dalam diri kerana semua orang mempunyai potensi diri yang mantap.Kami belajar untuk sentiasa fokus dan tidak berputus asa.

Mohamed Hafiz Mazlan(SAS) & Mohamad Faried Adnan (STAR)- Alumni SAS berkongsi cerita dan pengalaman semasa sekolah dan memberi tunjuk ajar tentang cara untuk mencapai wawasan. Beliau begitu memahami setiap masalah dan soalan yang dikemukakan oleh para pelajar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Slot Bersama Alumni

Slot pada pagi kedua kolokium diserahkan kepada Alumni MOZAC bersama beberapa alumni yang lain. Antara alumni yang turut serta pada kolokium pada hari ini adalah alumni STF,SSP,SAS,STAR,SEMSAS,SMSMJ,SMSAH,SEMESTI,dan SMSS. Para peseta kolokium telah dibahagikan kepada 16 kumpulan dan diserahkan kepada alumni - alumni tertentu. Sesi selama 4 jam ini telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak alumni untuk memotivasikan peserta dalam pelbagai bentuk aktiviti di dalam dan di luar kawasan Puteri Resort.Satu sesi rumusan telah dibuat diakhir sesi oleh kesemua alumni yang terlibat.Pihak penganjur ingin merakamkan ucapan terimakasih kepada semua alumni yang terlibat kerana telah menyumbangkan masa,tenaga dan wang ringgit demi menjayakan sesi ini. Moga segala usaha diberkati olehNYA.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Slot Bersama Pengarah BPSBPSK

Puan Ashah binti Samah, Pengarah BPSBPSK telah hadir pada sebelah malam bersama dengan Yang Berbahagia Datuk Wira Borhan Mad Yaman, tokoh Sejarahwan Melaka diiringi oleh pengerusi pengelola Tn Hj Baharuddin Borhan. Puan Pengarah mengingatkan para pelajar supaya sentiasa bersyukur dan mengucapkan tahniah kepada para pelajar kertana telah terpilih untuk menyertai kolokium kali ke 3 di Puteri Resort, Melaka. Beliau seterusnya telah membacakan biodata Datuk Wira Borhan Mad Yaman.
Datuk Wira Borhan seterusnya mengingatkan para pelajar tentang pentingnya pelajaran dan menceritakan tentang zaman persekolahan beliau yang penuh dengan kesusahan.Para peserta kolokium juga telah berpeluang untuk berdialog dengan beliau.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Antara Kontingen yang telah sampai

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ketibaan Pengarah BPSBPSK

Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster telah sampai diPuteri Resort pada jam 6.40 Petang. Malam ini jam 8.30 malam pengarah akan memberi ucapan kepada peserta kolokium dan seterusnya merasmikan kolokium kecemerlangan Palajar Projek Khas ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apa kata peserta Kolokium 1

Mohd Shafiq Sabaruddin (SAMURA)- Saya berasa bangga terpilih ke kolokium dan berharap dapat menambah pengetahuan.

Siti Nur Amirah Norman (SBPI Jempol)- Saya gembira kerana diberi peluang utk menyertai kolokium ini dan berharap dapat berjumpa kawan baru & memotivasikan diri.

Junaidi b. Man/Mohd Hanafi Seman(SainsKu) - Saya berharap dapat berkongsi pengalaman tentang kolokium dengan pelajar lain yang tidak dapat menyertai kolokium ini dan berharap ikatan silaturahim dapat dieratkan.

Fazlin Suzliyana Abdul Salim (SMSLD- Saya berharap dapat membina semangat agar lebih maju

Noor Amira Ali (SSP)- Saya berasa gembira terpilih kerana tidak semua pelajar berpeluang menyertai kolokium ini.

Muhammad Syahrul Asyraf/Hafizuddin Abdul Hadi SMS Kubang Pasu - Kami berasa teruja kerana dapat datang ke Melaka yang bersih dan cantik. Kami sangat bangga kerana terpilih mewakili sekolah.

Umairah Firdana Ahmad (SMS Sabah)- Saya sangat gembira terpilih dan berharap dapat menambah ilmu dan keyakinan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Taklimat & Ice breaking

Sesi taklimat dan ice breaking diadakan pada pukul 5 - 6 petang.Kem Komandan En. Saifuddin Dolhalit telah mengadakan taklimat tentang peraturan - peraturan selama kolokium berjalan kepada semua peserta.Para peserta juga telah diterangkan tentang jadual program.Setiap kumpulan diminta untuk mencadangkan pengacara majlis, pembaca doa dan pencatat. Puan Zulindawati Md Jais, kaunselor kanan MOZAC pula mengendalikan sesi ice - breaking/suai kenal.Para peserta juga menyanyikan lagu tema kolokium iaitu lagu "Gemuruh".Pada sesi ini juga Penghulu dan Penghuluwati telah dilantik.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Datang Peserta Kolokium Projek Khas 2010

Bermula hari ini sehingga 10 Julai 2010, MOZAC sekali lagi telah diberi kepercayaan olek BPSBPSK untuk mengendalikan Kolokium Pelajar Projek Khas 2010 bertempat di Puteri Resort Melaka. Dengan tema "Melestarikan Kecemerlangan" seramai 230 orang pelajar projek khas dari 58 buah SBP seluruh negara akan menyertai kolokium ini. Warga MOZAC mengucapkan Selamat Datang ke Melaka kepada semua peserta dan guru - guru pengiring.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS