Bersama Timbalan Menteri Pelajaran - Yang Berhormat Dr. Mohd Puad Zarkashi

Peserta kolokium pada kali ini berasa sungguh bertuah kerana Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Yang Berhormat Dr. Mohd Puad Zarkashi sudi hadir pada kolokium pada kali ini. Banyak perkara yang telah dikongsi bersama para peserta kolokium ini antaranya beliau menyatakankan para pelajar ini adalah yang terpilih antara yang terpilih. Jadi para pelajar perlu rasa bersyukur dan lebih terbakar semangat untuk berjaya. Beliau mengulas lagu tema “Gemuruh” dan mengatakan bukan mudah untuk ke puncak apatah lagi ke angkasa kerana ia memerlukan stamina, kekuatan fizikal dan perancangan terbaik. Tidak semua orang boleh ke puncak kerana ia tidak luas tetapi semua orang mahu ke puncak jadi terdapat banyak cabaran. Para pelajar disarankan untuk belajar bersungguh – sungguh untuk menjadi manusia yang berguna dan seterusnya keluar dari garis kemiskinan. Beliau menyatakan para pelajar projek khas SBP ini adalah harapan untuk menjadi cemerlang. Beliau mengharapkan para pelajar untuk menjadi cemerlang bukab sahaja dari segi akademik tetapi mempunyai kemahiran tambahan seperti kemahiran berfikir. Beliau mengharapkan para pelajar menyemai budaya membaca dan budaya berfikir supaya menjadi sebuah bangsa yang berjaya dan tidak mengharapkan orang lain. Para pelajar adalah generasi pelapis pemimpin yang perlu menjadi pemimpin yang berfikir. Beliau mengharapkan para pelajar menjadikan kolokium ini sebagai peluang keemasa untuk mempelbagaikan kemahiran. Beliau menasihatkan para pelajar untuk tidak lupa kepada kedua ibubapa dan membalas jasa kedua ibubapa.Beberapa orang pelajar telah berpeluang untuk bertanya kepada Yang Berhormat tentang prinsip hidup, rahsia kejayaan dan pandangan beliau tentang sesuatu isu. Di akhir slot, Yang Berhormat telah meluangkan masa untuk bersalam - salaman dengan para pelajar dan guru - guru yang hadir.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment