Tokoh Forum - Y. BERUSAHA PROFESOR MADYA DATUK ZAINAL ABIDIN BORHAN

Seorang staf akademik di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Profesor Madya Datuk Zainal Abidin Burhan mendapat pendidikan awal diTengkera English School, Gajah Berang Secondary School, kemudian meneruskan pelajaran ke Malay College Kuala Kangsar. Setelah tamat persekolahan, beliau menyambung pelajaran di Universiti Malaya pada peringkat Sarjana Muda dan Sarjana. Bidang pengajian dan penyelidikan beliau ialah tentang kebudayaan Melayu,kosmologi Melayu, pemikiran Melayu dan politik Melayu

Penerima anugarah khidmat cemerlang Universiti Malaya sebanyak enam kali ini (1993,1996,1998,2000,2002 dan 2006) giat menulis pelbagai bentuk penulisan.Antara penerbitannya yang terkenal ialah Ideologi dan Kebudayaan Kebangsaan (1986), Johor Dahulu dan Sekarang(1994),Adat Istiadat Melayu Melaka (1996),Warisan Persuratan Johor (1997),Pengajian Sastera dan Sosio-Budaya Melayu,Memasuki Alaf Baru(1998),Warisan Persuratan Johor,Perundangan dan Ketatanegaraan (1999),Keranamu Malaysia:Kemerdekaan,Pembinaan Bangsa dan Cabaran Abad ke-21 (2001)

Ketokohan dan pengalaman beliau yang luas dalam bidang adat dan budaya menyebabkan Profesor Madya Datuk Zainal Abidin sering diundang ke forum dan seminar oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan, Kementerian Penerangan,Dewan Bahasa dan Pustaka, Arkib Negara, Yayasan Warisan Johor,Perbadanan Muzium Melaka, Institut Kajian Sejarah dan Patriotik Malaysia (IKSEP),Institut Seni Melaka Malaysia (ISMMA) dan lain-lain.

Di peringkat serantau dan Alam Melayu, beliau sering membentang kertas kerja di Riau, Acheh, Sumatera Utara, Pontianak,Jakarta, Pattani, Yala, Mindanao, Sri Langka Cape Town dan Madagaskar.

Lantaran aktif dalam gerakan dan perjuangan kebudayaan, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha 1 Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia(GAPENA). Berdasarkan pelbagai sumbangan dan jasa yang tidak ternilai, beliau telah menerima pelbagai anugerah seperti Bintang Kelakuan Terpuji (BKT) pada tahun 1996 , Darjah Seri Melaka (DSM) pada tahun 2003 dan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) pada tahun 2005

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment