Majlis dimulakan dengan sembahyang Maghrib diikuti dengan bacaan Yassin. Setelah itu para pelajar telah mendengar ucapan dari Yang Berhormat Datuk Hj Yaakob Bin Md Amin. Setelah sembahyang Isyak, majlis makan malam bermula. Ketibaan Yang Amat Berbahagia Datin Seri Datuk Wira Hjh Asmah Binti Abdul Rahman, Isteri Ketua Menteri Melaka disambut oleh Pengarah BPSBPSK , Puan Ashah Bt Samah, Hjh Norlia Mohd Shuhaili, Timbalan Pengarah BPSBPSK, Hjh Juliah Bt Hj Leman Timbalan Pengarah mewakili Pengarah Pelajaran Negeri Melaka dan pegawai - pegawai dari KPM. Majlis turut dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Hj Yaakob Bin Md Amin Exco Pelajaran, Sains, Teknologi, Sumber Manusia dan isteri, Yang Berhormat Datuk Meor Hashimi Bin Abdul Hamid Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka dan isteri dan Encik Abdul Halim Bin Abdul Malek Mewakili Pegawai Pelajaran Daerah Melaka Tengah.
Majlis Makan malam yang ditaja oleh YB Ketua Menteri Melaka telah diadakan di perkarangan rumah beliau. Puan Ashah Samah dalam ucapan beliau telah mengucapkan terimakasih kepada YB Ketua Menteri Melaka diatas undangan makan malam di Seri Bendahara. Seterusnya, Yang Amat Berbahagia Datin Seri Datuk Wira Hjh Asmah Binti Abdul Rahman, telah menyampaikan ucapan dan seterusnya beliau telah bermurah hati untuk menaja para peserta kolokium menaiki Melaka River Cruise dan memberi sumbangan wang kepada semua peserta kolokium. Datin Seri juga telah membawa Puan Ashah, Ph Hjh Norlia, Pn. Hjh Julia dan lain lain untuk melawat Seri Bendahara. Terimakasih diucapkan keatas layanan istemewa Datin Seri kepada kami semua
Makan Malam Bersama Ketua Menteri
3:50 PM |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment